Artikel

Belanjawan 2024 Bakal Dibentang 13 Oktober Ini

Kebiasaannya minggu akhir Oktober iaitu pada hari Jumaat akan menjadi antara tempoh kerajaan Malaysia membentangkan bajet tahunan di Dewan Rakyat. 

Namun berbeza pada tahun ini, apabila Kementerian Kewangan memaklumkan pembentangan Belanjawan 2024 akan dilaksanakan pada 13 Oktober 2023. 

Iaitu dua minggu lebih awal daripada jangkaan kebiasaan. 

Buat pengetahuan setelah tarikh pembentangan tersebut, peruntukan bajet akan diperdebatkan selama 21 hari, sebelum kelulusan menyeluruh dicapai pada sidang dewan.

Sekadar imbasan, ini jumlah peruntukan Belanjawan sebelum ini : 

  • 2019 dengan jumlah bajet RM316.5 bilion
  • 2020 dengan jumlah bajet RM299 bilion
  • 2021 dengan jumlah bajet RM322.5 bilion
  • 2022 dengan jumlah bajet RM332.1 bilion
  • 2023 dengan jumlah bajet RM388.1 bilion