Walaupun 97% penduduk Malaysia, setakat 2022 memiliki akses kepada bekalan air terawat akan tetapi sebahagian penduduk di Kelantan dan Sabah pula – didapati tidak miliki akses bekalan air yang konsisten mahupun berkualiti.
Menyedari kekangan itu, melalui hala tuju ekonomi baharu Ekonomi Madani – kerajaan bertindak menambah peruntukan RM800 juta buat penduduk di Kelantan dan Sabah untuk tangani isu permasalahan air.
Usaha ini untuk makluman umum adalah sebahagian langkah pentadbiran laksana penyelesaian masalah dalam jangka pendek buat kedua buah negeri. Selain usaha tersebut, pelaksanaan projek tebatan banjir akan dilaksanakan di beberapa negeri seperti Kelantan, Pahang, Selangor dan Johor untuk meningkatkan faktor perlindungan dari bencana banjir.
Buat pengetahuan sebelum ini, Kelantan pernah menggariskan – memerlukan sekitar RM7 bilion untuk atasi isu permasalahan bekalan air bersih di negeri tersebut. Peruntukan itu difahamkan meliputi pembaharuan pada infrastruktur peraiaran negeri termasuklah pertukaran sistem paip air dan pembinaan loji baharu negeri.