Ternyata Kelantan kini memaklumkan, kerajaan negeri memerlukan sekurang-kurangnya RM7 bilion untuk mengatasi permasalahan bekalan air bersih negeri itu.
Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menjelaskan jumlah peruntukan tersebut meliputi pembaharuan pada infrastruktur perairan negeri, iaitu melibatkan pertukaran sistem paip air dan pembinaan loji baharu negeri.
Mengikut laporan, keciciran pembaharuan sistem air di negeri ini telah dikaitkan dengan pertikaian politik serta pembatalan projek air bernilai RM600 juta di Kelantan Utara yang berlaku pada 1990.
Bagaimanapun, faktor penyebab yang diutarakan pihak kerajaan negeri dilihat sedikit bercanggah dengan jumlah peruntukan yang diterima dalam tempoh pimpinan kerajaan negeri. Buat pengetahuan umum, Kelantan telah berdepan isu ini selama 30 tahun dan masih bergelut untuk mengatasi masalah berkaitan bekalan air bersih.