Artikel

Maybank Islamic Menyasarkan Lebih 4 Juta Pengguna Bayar Zakat Secara Digital 

Melalui usaha Maybank Islamic dengan memperkenalkan ciri Auto Debit untuk Zakat Simpanan & Pelaburan daripada akaun deposit dan pelaburan Islam perbankan melalui MAE dan Maybank2u sejak akhir Jun lalu – disasarkan akan merancakkan lagi pelunasan orang awam berkaitan bayaran zakat secara digital.

Pada kemudahan itu, disasarkan lebih 4 juta pelanggan Maybank Islamic memiliki akses menikmati ciri tersebut yang dilihat lebih mudah dan cekap. Di mana pelanggan boleh menyatukan semua pembayaran zakat mereka untuk akaun simpanan dan pelaburan ke dalam satu penyata.

Jumlah zakat ini akan dikira secara automatik dan akan ditolak berlandaskan persetujuan pemegang akaun menerusi akaun pelanggan tanpa sebarang caj tambahan. Adanya pemerkasaan pembayaran zakat secara atas talian ini sekaligus merealisasikan matlamat ekonomi digital negara untuk menggunakan manfaat teknologi dalam sektor kewangan.

Sebagai penjelasan lanjut, ini akaun yang terlibat dalam membolehkan pengiraan serta bayaran Auto Debit untuk Zakat Simpanan & Pelaburan dilaksanakan pengguna Maybank Islamic;

Bagi memulakan langkah Auto Debit untuk Zakat Simpanan dan Pelaburan di Maybank2u – pengguna perlu log masuk dan klik pada Apply dan ke bahagian Service, selanjutnya tekan pada Set Up Now untuk Auto Debit for Zakat Simpanan & Pelaburan.

Langkah yang sama boleh dilaksanakan pada aplikasi MAE dengan hanya klik pada ruangan Apply, dan pilih bahagian Services seterusnya tekan pada butang Auto Debit for Zakat Simpanan & Pelaburan. Setelah sahkan segala butiran peribadi pengguna dan lalui proses pengaktifan melalui Secure2u, urusan zakat auto debit pengguna kini selesai.