Artikel

Maybank : Ciri Auto Debit Untuk Zakat Simpanan & Pelaburan Kini Tersedia Buat Pengguna

Bermula minggu ini, semua pengguna Maybank Islamic kini boleh laksana pemotongan secara automatik daripada akaun deposit dan pelaburan Islam melalui Auto Debit untuk Zakat Simpanan dan Pelaburan.

Pada ciri baharu ini, Maybank memaklumkan tiada caj tambahan dikenakan. Maka melalui kemudahan tersebut kesemua akaun deposit dan pelaburan pengguna akan disatukan ke dalam satu penyata untuk pengiraan zakat. Tindakan ini sekaligus mengurangkan kesilapan dalam pengiraan.

Pengiraan tersebut untuk makluman akan dikira pada 31 Oktober setiap tahun dan pemotongan akan dilaksanakan pada 7 November. Sekiranya baki tidak mencukupi pada tempoh tersebut, potongan kedua akan dilaksana pada 7 hari berikutnya dan tiada pemotongan zakat akan dilaksanakan sekiranya baki simpanan serta pelaburan anda tidak mencukupi.

Buat pengetahuan umum, ini akaun yang boleh menggunakan pengiraan dan bayaran Auto Debit untuk Zakat Simpanan & Pelaburan :

Pada perincian itu, untuk memulakan langkah Auto Debit bagi Zakat Simpanan dan Pelaburan di Maybank2u – pengguna perlu log masuk dan klik pada Apply dan ke bahagian Service, selanjutnya tekan pada Set Up Now untuk Auto Debit for Zakat Simpanan & Pelaburan.

Tindakan yang sama turut boleh dilaksanakan pada aplikasi MAE dengan klik pada Apply, dan pilih bahagian Services seterusnya tekan pada butang Auto Debit for Zakat Simpanan & Pelaburan. Setelah sahkan segala butiran peribadi pengguna dan lalui proses pengaktifan melalui Secure2u, urusan zakat auto debit pengguna kini selesai.

Sebarang maklumat lanjut, pengguna boleh layari pautan rasmi segmen Zakat Simpanan & Pelaburan untuk ketahui perincian seterusnya pada laman Maybank.