Artikel

Gaji Rakyat Perlu Naik Secara Berkala, Setimpal Tekanan Kos Sara Hidup

Selain keperluan subsidi, penurunan harga di pasaran – faktor gaji dilihat memainkan peranan yang penting untuk membantu penduduk negara lebih stabil tatkala berdepan tekanan kos sara hidup. Maka penawaran gaji yang setimpal secara berkala harus dilaksana dengan tekanan kos semasa wajar disediakan untuk penduduk Malaysia.

Menurut Menteri Ekonomi Rafizi Ramli pada sidang Indeks Harga Pengguna (IHP) Mei ini untuk merealisasikan usaha tersebut ketika ini kerangka Dasar Gaji Progresif sedang dibangunkan bersama Kementerian Sumber Manusia (KSM). Melalui usaha itu ia dilihat dapat memastikan pertumbuhan gaji yang lebih sekata dan inklusif dapat disediakan untuk penduduk negara.

Malah ini akan lebih mendorong pelarasan gaji dan pendapatan yang lebih baik kepada semua pekerja di negara – khususnya golongan muda.

Kementerian Ekonomi turut menjelaskan, sekiranya tiada usaha pelarasan gaji, penduduk Malaysia akan terus berdepan isu yang sama dan kekal terpalit pada isu tekanan kos sara hidup. Setakat ini difahamkan kertas Dasar Gaji Progresif bakal dikemukakan kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada Ogos kelak.