Tidak lama lagi, AirAsia Kemboja dijangka memulakan operasinya selaku syarikat penerbangan kos rendah pada suku keempat kelak.
Seperti yang umum ketahui pada 9 Disember 2022, Capital A melalui cabang syarikat penerbangannya AirAsia Aviation Group Limited kini mencapai kerjasama dengan Sivilai Asia bagi menubuhkan AirAsia Kemboja – cabang penerbangan baharu di Kemboja.
Aturan itu sekaligus akan meluaskan rangkaian Capital A pada segmen penerbangan di seluruh Kemboja serta Indochina. Selanjutnya bakal meluaskan akses pasaran bersama perjalanan ke ASEAN dan Asia Utara. Setakat ini kumpulan telah memiliki penawaran AirAsia Malaysia, AirAsia Thailand, AirAsia Indonesia dan AirAsia Filipina.
Pada segmen itu, sejumlah 229 laluan telah diaktifkan bagi memenuhi permintaan pengguna pada laluan penerbangan domestik dan antarabangsa. Berlandasarkan sasaran, Capital A menjangkakan segmen penerbangan berupaya mengendalikan 290 laluan sehingga suku keempat tahun ini.
Adanya penyertaan AirAsia Kemboja yang membawa kepada nilai pelaburan $25 juta ini, dilihat akan merancakkan lagi aliran perkhidmatan Capital A dipersada antarabangsa.