Artikel

AirAsia Cambodia Mula Operasi Pada Penghujung 2023

Capital A melalui cabang syarikat penerbangannya AirAsia Aviation Group Limited kini mencapai kerjasama dengan Sivilai Asia bagi menubuhkan AirAsia Cambodia – cabang penerbangan baharu di Kemboja.

Melalui perjanjian usahasama (JV) ini ia secara langsung akan mengukuhkan empayar AirAsia di Kemboja dan Indochina. Seterusnya akan meluaskan akses pasaran bersama perjalanan ke Asean dan Asia Utara.

Untuk makluman Kemboja ialah negara Asean kelima yang diterokai Capital A pada perluasan segmen penerbangan tambang murah. Penubuhan ini untuk makluman membawa kepada nilai pelaburan sejumlah $25 juta.

Berdasarkan perjanjian yang ditemeterai, penubuhan AirAsia Cambodia dijangka mula beroperasi pada penghujung tahun 2023, setelah menerima kelulusan kawal-selia dan selain meningkatkan rangkaian laluan – Capital A turut merancang melancarkan perkhidmatan baharu ke Asean, Asia Utara di masa akan datang.