Artikel

Tajaan JPA Buat Pelajar Perubatan, Pergigian Dan Farmasi – Kini Diteruskan Semula

Walaupun terdapat unjuran menjelang tahun 2026 hingga 2030 akan berlakunya lebihan bekalan pegawai perubatan di Malaysia, kerajaan telah bertindak setuju meneruskan semula penawaran tajaan ke atas bidang perubatan, pergigian dan farmasi di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) negara. 

Perihal ini dicapai setelah mengambilkira pelbagai faktor serta keperluan sektor kesihatan negara yang menjadi nadi kepada kesejahteraan rakyat Malaysia. 

Perkara ini diumumkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada sidang Temu Anwar@USM hari ini.