Tindakan pentadbiran menghentikan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ke atas bidang perubatan, pergigian dan farmasi ternyata telah menimbulkan persoalan berhubung kesediaan sektor awam pada kesan tersebut.
Mengulas isu itu, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) Datuk Armizan pada sidang Parlimen – langkah ini diambil berasaskan kajian Supply and Needs-Based Requirement Projections of Malaysia Human Resources for Health Using System Dynamics Approach 2016-2030 KKM, di mana terdapat unjuran bahawa bekalan pegawai perubatan akan alami lambakan mulai tahun 2026 hingga tahun 2030.
Buat pengetahuan umum, sejak 2021 lagi keperluan pegawai perubatan dilihat telah melebihi permintaan pasaran ketika itu. Iaitu dengan jumlah 72,812 pegawai perubatan berbanding permintaan adalah berjumlah 70,721 pegawai perubatan.
Sementara sasaran keperluan tenaga kerja perubatan untuk sektor awam dan sektor swasta kepada jumlah populasi penduduk bagi tahun 2025 pula dijangka dapat dicapai dengan nisbah 1:400.
Maka bagi mengawal situasi sedemikian, JPA memaklumkan akan menaja pelajar sehingga tahun 2027. Ini merangkumi sejumlah 1,774 orang pelajar perubatan tajaan JA akan bergraduasi pada 203, diikuti 69 orang pelajar pergigian serta 296 pelajar farmasai.
Manakala 2,029 pelajar perubatan, 68 pelajar pergigian dan 184 pelajar farmasi pula dijangka akan bergraduasi mulai 2024 hingga 2027. Jumlah ini secara langsung menunjukkan komitmen JPA menaja para pelajar meskipun terdapat jangkaan lambakan pegawai perubatan mulai tahun 2026 hingga 2030.
Untuk makluman kos penajaan terhadap pelajar perubatan adalah bersamaan dengan kos penajaan untuk 10 orang pelajar bidang lain. Pada penegasan selanjutnya, melalui langkah menghentikan pemberian biasiswa itu – ini akan membantu JPA memberi penajaan lebih efektif kepada pelajar bidang lain.