Artikel

Hanya 51%, Separuh Jumlah Bas Rapid Kini Aktif Beroperasi – MOT

Didapati ketika ini, hanya 900 buah bas daripada jumlah 1,757 buah bas Rapid sahaja beroperasi secara aktif untuk penuhi permintaan pengangkutan awam. Situasi berlaku susulan, 45% daripada jumlah tersebut difahamkan kategori bas yang berusia lepbihi 10 tahun.

Ini secara tidak langsung memerlukan tindakan pembaikian serta penyelenggaraan berlaku ke atas jumlah pengangkutan bas tersebut.

Perkongsian Kementerian Pengangkutan (MOT) itu dilaksanakan pada sesi jawapan lisan Parlimen pada minggu ini – selain alami permasalahan pada kualiti pengangkutan, isu kekurangan kapten bas juga turut menjadi faktor mengapa pengoperasian bas tidak dapat dioptimumkan. Setakat ini terdaapt 867 kekosongan kapten bas berlaku dan perlu diisi sehingga akhir 2023 ini.

Maka bagi memastikan isu ini tidak menjejaskan khidmat pengangkutan awam, Rapid Bus kini sedang laksana program penggantian bas yang telah lanjut usia serta berisiko alami kerosakan kepada bas elektrik dan bas diesel baharu. Mengikut perincian, proses penggantian tersebut akan bermula pada tahun 2024 kelak.

Usaha ini selari dengan matlamat Prasarana untuk sedia 100 bas elektrik mulai 2024 bersama pengenalan 45 buah bas mini elektrik.