Artikel

KWSP Untung RM46 Juta, Hasil Jual 6 Aset Pasar Raya

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini meraih untung RM46 juta, susulan tindakannya menjual aset peruncitan melibatkan 6 pasaraya di Lembah Klang dan Johor.

Makluman Kementerian Kewangan (MOF) itu, menjelaskan penjualan 6 aset peruncitan tersebut telah dipajak kepada pasar raya peruncitan Giant, dan diambil-alih oleh Sunway REIT susulan pembelian input hartanah anak syarikat KWSP iaitu Kwasa Properties dicapai pada nilai RM520 juta ketika pertengahan Mac lalu.

Selain penjualan itu, MOF pada sidang Parlimen turut memaklumkan KWSP merancang menjual satu lagi aset runcitnya di sekitar Kelana Jaya, Selangor bersama syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Bagaimanapun perincian tersebut tidak diberi pendedahan lanjut.

Buat pengetahuan umum, ini senarai aset 6 pasar raya yang terlibat;

  • Giant Hypermarket Bandar Kinrara
  • Giant Hypermarket Putra Heights
  • Giant Hypermarket Subang Jaya USJ
  • Giant Hypermarket Klang
  • Giant Hypermarket Ulu Klang
  • Giant Hypermarket di Plentong, Johor

Secara menyeluruh, ketika ini KWSP memiliki 15.24% pegangan pada Sunway REIT dan jumlah aset KWSP pula RM1 trilion melibatkan pelaburan hartanah dalam serta luar negara. Di mana pelaburan tempatan menyaksikan jumlah RM11 bilion, manakala hartanah di luar negara pula merangkumi RM30 bilion – separuh daripada pelaburan itu difahamkan di United Kingdom dan antara terbesarnya adalah Battersea. Projek tersebut dimaklumkan menjadikan jumlah aset hartanah KWSP sebanyak RM41 bilion.