Artikel

Sunway REIT Beli 6 Pasar Raya Giant Daripada KWSP – Pada Nilai RM520 Juta

Enam pasar raya peruncitan Giant kini beralih pengurusan, apabila Sunway REIT bertindak membeli input tersebut daripada anak syarikat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) iaitu Kwasa Properties pada nilai RM520 juta.

Peralihan ini menurut kenyataan kepada Bursa Malaysia, melibatkan perjanjian jual beli bersyarat di bawah pemegang amanah Sunway REIT iaitu RHB Trustees Bhd bersama Kwasa Properties. Pertimbangan itu setelah mengambilkira hartanah sedemikian dibeli secara berasingan di bawah nilai pasaran hartanah bersama diskaun sekitar 12.3% daripada agregat nilai pasaran hartanah yang diukur.

Melalui pelaburan ini, dijangka akan meningkatkan keuntungan dan pendapatan Sunway REIT pada segmen kepelbagaian portfolio syarikat dan sekaligus akan meletakkan Sunway antara syarikat amanah pelaburan hartanah yang terbesar disenaraikan di pasaran, mengikut nilai hartanah.