Perluasan inisiatif Rahmah sejak Januari 2023 lagi, dilihat telah memberi impak yang baik pada pelarasan harga makanan dan jualan runcit terpilih negara. Ekoran perkembangan itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memaklumkan akan menilai prestasi inisiatif pada mesyuarakat khas yang dijangka berlangsung akhir Jun ini.
Menerusi semakan itu, beberapa aspek akan dinilai KPDN berdasarkan kesan langsung serta perspektif pemain industri yang terlibat.
Buat pengetahuan umum setakat ini selain inisiatif Menu Rahmah, kerajaan turut meluaskan agenda tersebut kepada Jualan Rahmah – di mana dapat menyaksikan penyertaan pelbagai jenama peruncitan serta peniaga makanan di pasaran tempatan.
Melalui kerancakkan usaha itu, kerajaan kelak turut menyasarkan meluaskan inisiaitif Rahmah dalam sektor korporat dan perbankan.