Artikel

Kerajaan Pertimbang Perluas Inisiatif Rahmah – Libatkan Sektor Perbankan, Korporat

Ekoran menerima maklum-balas yang baik pada inisiatif Menu Rahmah di pasaran melibatkan industri makanan, kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) kini sedang pertimbang keupayaan penyertaan yang sama libatkan sektor perbankan dan korporat dalam inisiatif Rahmah negara.

Sekiranya kolaborasi yang lebih luas ini dicapai bersama syarikat besar seperti Petronas, Sime Darby, syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan sektor perbankan negara, KPDN melihat ia akan membantu rakyat dengan lebih meluas – khususnya melalui aspek pengurangan tekanan kos sara hidup semasa.

Seperti yang umum ketahui, ketika ini sejumlah 15,000 premis kedai makan dan restoran telah turut serta menawarkan Menu Rahmah bernilai RM5 dan ke bawah kepada masyarakat negara. Lebih merancakkan inisiatif ini, apabila terdapat penyertaan restoran makanan segera dan kafe minuman turut menawarkan inisiatif yang sama kepada para pengguna.

Buat masa ini, kenyataan itu masih diperingkat awal dan sebarang lanjutan insiatif akan dikongsikan KPDN dari semasa ke semasa kelak.