Artikel

Kutipan Harian Cukai Kini Melonjak 20% – Lebih Tinggi Berbanding Tahun 2022

Aliran kutipan hasil secara harian ketika ini memaparkan peningkatan yang membrangsangkan – apabila melonjak 20%, lebih tinggi berbanding aliran kutipan tahun lalu. Prestasi positif ini sekaligus berupaya membantu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LDHN) merealisasikan matlamat, meraih kutipan hasil menyeluruh RM176.14 bilion.

Makluman LHDN ini menjelaskan tahap pematuhan para pembayar kini semakin meningkat, secara langsung memudahkan pihak berkuasa laksana proses percukaian dengan lebih teratur. Bagaimanapun, turut diakui langkah Bank Negara Malaysia melaras naik OPR kepada 3.00%  telah memberi kesan kepada proses kutipan cukai. Namun aturan itu hanya memberi kesan kecil dan tidak secara langsung.

Melalui perolehan hasil yang semakin meningkat naik ini, dilihat ia tidak sekadar membantu pertumbuhan Malaysia tetapi kutipan ini bakal dikembalikan semula kepada rakyat – seperti apa yang yang disasarkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebelum ini. Sekadar imbasan untuk para pembaca, tahun 2022 negara berjaya meriah kutipan cukai langsung berjumlah RM175.4 bilion – dengan peningkatan 21.75% berbanding tahun 2021.