Artikel

Kadar Inflasi Malaysia Mencatatkan Paras 3.4% Pada Mac 2023

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) kini telah mengeluarkan kemaskini untuk Indeks Harga Pengguna Malaysia bagi bulan Mac 2023, memperlihatkan ia turun ke 3.4% berbanding 3.7% pada bulan sebelumnya.

Walaupun begitu, indeks inflasi untuk makanan dan minuman bukan alkohol masih kekal tinggi pada 6.9%, sementara restoran dan hotel pada kadar 7.2%. Walaupun ia berkurangan sedikit berbanding bulan sebelumnya, namun ia masih kekal tinggi buat masa ini.

Mengikut pembahagian subkumpulan makanan dan minuman, daging, beras, ikan, susu, telur, dan buah-buahan memperlihatkan peningkatan kadar inflasi berbanding bulan sebelumnya.

Pakaian & Kasut memperlihatkan peningkatan 0.1% berbanding bulan lepas, disamping inflasi kesihatan yang meningkat 0.4% kepada 2.2%. Perkhidmatan Rekreasi & Kebudayaan turut meningkat 0.2%, disamping pendidikan yang meningkat 0.1%.

Ini secara tidak langsung memberikan kesan yang signifikan pada kos sara hidup rakyat.

Sebelum ini, ia telah dianggarkan yang mana kadar inflasi Malaysia berpotensi turun sehingga 3.1% pada tahun 2023 ini.