Sekiranya ketika paras inflasi negara kekal di kadar 3.7% bagi Februari 2023, Kementerian Ekonomi terus optimis dengan menjangka angka sedemikian berpotensi mencapai serendah 3.1% pada tahun ini.
Menurut Kementerian Ekonomi pada sidang Indeks Harga Pengeluar (IHPR) menjelaskan matlamat rekod itu boleh dicapai susulan pola kos semasa negara kini dilihat semakin mengecil, memberii gambaran kos pengeluaran berpotensi alami berkurangan dari semasa ke semasa.
Namun kekal diakui, faktor gangguan dalaman dan luaran seperti kesan perubahan cuaca beserta krisis di peringkat dunia berupaya meningkatkan semula tekanan kos di tahap perdagangan – maka secara langsung memberi kesan kepada aliran perbelanjaan dan kuasa beli pengguna.
Maka untuk mendepani risiko tersebut, Malaysia perlu meningkatkan kapasiti pengeluaran makanan mentah untuk terus beri jaminan kepada permintaan tempatan dan mengimbangi ketirisan global.
Bagaimanapun mengikut laporan, orang awam diminta bersedia akan sebarang kenaikan kos ketika musim Ramadan dan Aidilfitri kelak, meskipun tidak memperincikan sebarang angka peningkatan – Kementerian Ekonomi memberi jaminan paras inflasi pada tempoh tersebut kekal berlegar di sekitar 3.7% dan sebarang kenaikan dijangka berlaku ke atas barangan terpilih sahaja.