Artikel

Indonesia Ke Arah Perkenal Rupiah Digital

Hasrat sejak akhir Disember 2021, Indonesia kini mengekalkan matlamatnya untuk memperkenalkan mata wang digital bank pusat (CBDC) Rupiah Digital pada pasaran.

Pengenalan di bawah Projek Garuda itu akan memperlihatkan penerapan konsep wang berasaskan rantaian blok dimulakan dengan transaksi antara bank tempatan Indonesia untuk fasa awal.

Meskipun masih diperingkat penetapan rancangan, langkah ini sekaligus bakal menjadikan Indonesia antara negara keterdepan dalam membangunkan CBDC dan berupaya menyaingi pasaran kriptowang dalam sektor kewangan.

Untuk makluman, sejak tahun lalu Indonesia memaklumkan penggunaan kripto adalah dilarang bagi tujuan pembayaran. Namun aktiviti tersebut masih dibenarkan atas tujuan pelaburan.