Artikel

Bank Indonesia Rancang Penggunaan Mata Wang Digital Rupiah – Saingi Lonjakan Kripto

Indonesia sejak awal tahun 2021 telah mula mempertimbangkan aturan mata wang Rupiah Digital – melalui Mata Wang Digital Bank Pusat (CBDC).

Pengamatan itu sedang dilakukan oleh Bank Indonesia, untuk menyaingi lonjakan kriptowang pada pasaran dunia ketika ini.

Menurut Timbalan Gabenor Juda Agung, penyertaan kriptowang telah memberi kesan yang ketara terhadap sistem kewangan Indonesia. Tambahan, kegusaran bank pusat terhadap aset kripto ini turut akan meningkatkan lagi kebimbangan warga Indonesia dalam penyertaan pelaburan.

Tambahan, Majelis Ulama Indonesia pada bulan lalu, turut memaklumkan penggunaan kripto selaku mata wang adalah haram. Ini kerana aktiviti aset ini telah menimbulkan ketidakpastian dan kemudaratan pada risiko ekonomi.

Perkara tersebut dilihat bertentangan dengan aturan Bank Indonesia.

Untuk makluman, setakat ini sekitar 7.4 juta rakyat Indonesia telah menyertai pelaburan kriptowang. Ia memaparkan peningkatan 2 kali ganda berbanding tahun 2020. Nilai transaksi pada aktiviti itu kini mencecah AS$33 bilion.