Artikel

Negeri Sembilan Turut Umum 18 November Sebagai Hari Cuti Umum Khas

Selepas kerajaan negeri Selangor, kini kerajaan Negeri Sembilan turut mengumumkan tarikh 18 November sebagai hari cuti umum khas.

Tarikh tersebut diberikan cuti dalam usaha memudahkan orang ramai merancang perjalanan untuk balik mengundi.

Malaysia akan melalui hari Pilihanraya Umum Ke-15 pada 19 November 2022, yang mana bakal menyaksikan pemilihan kerajaan baharu yang akan menerajui Malaysia untuk tempoh 5 tahun akan datang.