Artikel

Selangor Beri Cuti Umum Khas Pada 18 November Ini

Selari dengan memudahkan tanggungjawab rakyat Malaysia pada hari mengundi 19 November kelak, Selangor pada hari ini (18 November) mengumumkan pemberian cuti umum khas pada 18 November, sehari sebelum hari mengundi untuk penduduk negeri.

Keputusan ini dicapai setelah meneliti, keperluan penduduk negeri untuk pulang ke lokasi mengundi mereka khususnya yang berada di luar Selangor pada tempoh tersebut.

Adanya langkah itu, semua penduduk negeri boleh merancang perjalana bagi menghindari kesesakan trafik. Selain makluman itu, Selangor juga turut menyumbang 20 unit bas Smart Selangor untuk pengguna yang terjejas disebabkan isu penutupan perkhidmatan tren LRT laluan Kelana Jaya sehingga Ampang Park.

Langkah itu untuk memastikan perjalanan pengguna negeri dapat berjalan lancar dan tidak menjejaskan sebarang produktiviti tugasan mereka sehingga 15 November ini.