Pengasas Binance kini menyatakan hasrat untuk membeli bank, sebagai sebahagian dari usaha untuk menyatukan arena kriptowang dan juga kewangan tradisional.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bank manakah yang menjadi sasaran. Binance dilihat terbuka untuk melakukan pelaburan atau pengambil-alihan sesuatu bank. Selain perbankan, Binance juga sedang melihat kepada penyedia perkhidmatan kewangan yang lain – termasuk seperti penyedia platform penerbitan.
Sebelum ini, Binance turut telah melabur pada beberapa syarikat lain, termasuk pada Forbes dan juga baru-baru ini pada Twitter.