Binance, salah satu bursa dagangan jual-beli kriptowang terbesar di dunia, kini mengumumkan akan melaabur sebanyak $200 juta pada Forbes, salah satu penerbit berusia 104 tahun.
Dengan pelaburan ini, ia akan menjadikan Binance antara pemegang terbesar pada Forbes, sebelum penyenaraian Forbes di bursa dagangan New York Stock Exchange tidak lama lagi.
Dengan pelaburan ini juga, Binance akan menerima dua daripada sembilan lembaga pengarah pada syarikat penerbitan berkenaan.
Langkah ini, sekaligus memperlihatkan impak dan pengaruh syarikat kriptowang terhadap industri pada dunia sebenar.
Invest in both new and old, and bridge them with crypto.
Binance taking a $200 million stake in Forbes https://t.co/DzR2iXGzmh
— CZ 🔶 BNB (@cz_binance) February 10, 2022