Artikel

Pengguna MAE Perlu Guna Secure2u Sahkan Transaksi DuitNow Transfer – Mulai 8 November

Pengguna Maybank kini dimaklumkan, berkuat kuasa 8 November kelak pengguna perlu menggunakan Secure2u pada apliakasi MAE untuk mengesahkan seluruh transaksi DuitNow Tranfer dan untuk meluluskan penambahan ‘Favourite’ baharu.

Langkah baharu ini kerana, pengesahan melalui SMS TAC tidak lagi tersedia pada transaksi tersebut.

Maybank memaklumkan usaha tersebut adalah sebahagian agenda perbankan untuk meningkatkan tahap keselamatan secara atas talian dan mengurangkan risiko penipuan TAC. Aturan ini seiring dengan matlamat Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memerangi isu penipuan kewangan dalam kalangan pengguna negara.

Maka untuk tujuan pengaktifan Secure2u pada aplikasi MAE, para pengguna boleh klik pada bahagian Quick Actions dan tekan butang Aktifkan, seterusnya sahkan maklumat peribadi seperti nombor telefon, kata laluan satu kali (OTP) yang akan diterima melalui mesej serta masukkan nombor ID bersama nama peranti.

Seperti yang umum sedari, sejak 20 Oktober lalu Maybank telah memaklumkan pengaktifan tersebut akan dilaksanakan dalam tempoh 12 jam bagi mengelakkan kelulusan transaksi yang mencurigakan.