Artikel

Maybank Akan Laksana Tempoh Pengaktifan 12 Jam Untuk Secure2U Pada MAE Bermula 20 Oktober

Bermula 20 Oktober 2022 ini, Maybank akan melaksanakan tempoh pengaktifan 12 jam untuk mengelakkan kelulusan transaksi yang mencurigakan.

Untuk makluman, tempoh pengaktifan 12 jam ini akan berkuat-kuasa pada dua senario – iaitu apabila anda mengaktifkan Secure2U pada aplikasi MAE buat pertama kali, atau apabila mengaktifkan Secure2U pada aplikasi MAE di peranti lain.

Sebaik sahaja melaksanakannya, pengguna akan diberikan notifikasi, SMS dan emel yang memaklumkan pengaktifan Secureu2U sedang diproses.

Langkah ini dijangka akan mengukuhkan keselamatan perbankan pengguna, serta mengelak sebarang transaksi yang mencurigakan.