Seperti yang dimaklumkan pada akhir Oktober lalu, berkuat kuasa hari ini (1 November) UOB – United Overseas Bank Malaysia kini secara rasminyanya ambil alih perniagaan perbankan runcit Citi di Malaysia.
Langkah ini telah dicapai pada September lalu apabila UOB berjaya meraih kebenaran dari Bank Negara Malaysia (BNM) untuk peralihan tersebut.
Melalui peralihan itu, para pengguna terlibat dimaklumkan untuk tidak khuatir kerana ia tidak akan menjejaskan sebarang operasi perbankan mereka dan untuk pengetahuan umum perubahan Citi bersama UOB ini tidak hanya tertumpu pada aset di Malaysia sahaja. Tetapi turut melibatkan peralihan aset di Indonesia, Thailand dan Vietnam.