Seperti yang umum sedari, UOB – United Overseas Bank Malaysia pada pertengahan September lalu telah berjaya meraih kebenaran dari Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengambilalih perniagaan perbankan pengguna Citibank di Malaysia.
Pelaksanaan tersebut akan berkuat kuasa pada 1 November ini.
Maka melalui peralihan itu, para pengguna Citibank tidak perlu khuatir kerana tidak akan menjejaskan sebarang operasi perbankan mereka. Begitu juga akan status kakitangan Citi Malaysia tidak akan terjejas, dan akan beralih ke UOB Malaysia.
Untuk makluman peralihan sejak Januari lalu ini – UOB tidak sekadar tertumpu pada perubahan aset di Malaysia sahaja tetapi turut melibatkan peralihan aset di Indonesia, Thailand dan Vietnam. Bagi sebarang maklumat lanjut, semua pengguna terlibat boleh layari laman rasmi Citibank untuk perincian seterusnya.