Artikel

RHB Sasar Lancar Bank Digital Pada 2023

Setelah AEON, kini RHB Bank Bhd pula menyasarkan pengenalan bank digitalnya bersama Boost Holdings menjangkakan akan dilaksana pada separuh kedua tahun 2023 kelak.

Menurut makluman Ketua Pegawai Eksekutif Mohd Rashid pembangunan platform tersebut akan sedia memperlihatkan pelaburan sekitar RM1 bilion bagi kedua pihak. Untuk makluman Boost dan RHB menerima pengesahan lesen bank digital Bank Negara Malaysia (BNM) di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 20133 (APK).

Berdasarkan perincian pelancaran bank digital tersebut, sekiranya ia tidak dapat dicapai pada separuh kedua tahun 2023, selewat-lewatnya ia akan direalisasikan pasa suku pertama 2024 kelak.