Pada akhir September lalu, seorang petugas Juruteknik Kanan di negara telah dibenarkan menuntut faedah hilang upaya sementara kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) ekoran kecederaan yang dialaminya akibat kemalangan ke tempat kerja ketika hari cuti pada Oktober 2016.
Bagaimanapun tuntutan yang dikategorikan sebagai kecederaan pekerjaan mengikut Seksyen 24 itu, kini telah dimohon kebenaran untuk dicabar keputusannya oleh pihak Perkeso di Mahkamah Persekutuan.
Ini antara permohonan jawapan yang diminta Perkeso daripada Mahkamah Persekutuan mengikut laporan;
- Ingin mengetahui keputusan Lembaga Rayuan Keselamatan Sosial diiktiraf sama dengan keputusan mahkamah bawah
- Sama ada kecederaan yang dialami kesan daripada kemalangan oleh pencarum semasa pulang ke kediaman mereka sebelum memulakan kerja, atau semasa dalam perjalanan ketika hujung minggu – boleh dianggap sebagai kecederaan pekerjaan.