Artikel

Mahkamah Memutuskan Boleh Tuntut PERKESO – Jika Cedera Ke Tempat Kerja Pada Hari Cuti

Sekiranya pekerja alami kecederaan sewaktu ke tempat pekerjaan pada hari cuti, usah risau kecederaan tersebut boleh dituntut selaku kecederaan pekerjaan daripada PERKESO – Pertubuhan Keselamatan Sosial.

Keputusan Mahkamah Rayuan ini mengikut laporan MalaysiaKini telah dicapai setelah membenarkan rayuan bekas juruteknik kanan N Sathiaseelan dibenarkan untuk menuntut faedah hilang upaya sementara akibat kecederaan kemalangan yang dialami sewaktu ke tempat kerja ketika hari cuti pada Oktober 2016.

Sebelum ini pihaknya telah melakukan tuntutan Faedah Hilang Upaya Sementara terhadap Perkeso, akan tetapi telah ditolak atas alasan bukan di bawah kecederaan pekerjaan dalam Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. Susulan itu rayuan difailkan kepada Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial (JKRAS) dan Mahkamah Tinggi Ipoh, tetapi turut ditolak.

Maka pihaknya bertindak mengemukakan tuntutan tersebut ke Mahkamah Rayuan dan akhirnya tuntutan diklasifikasikan sebagai kecederaan pekerjaan mengikut Seksyen 24.

Adanya usaha ini, ia sekaligus membenarkan hak pekerja di Malaysia kekal terjamin. Di mana mereka dapat mengemukakan tuntutan tersebut di bawah kecederaan pekerjaan tanpa sebarang penafian kebajikan.