Sejak pembukaan 1 Oktober lalu, Malaysia menerima 10,300 permohonan warganegara asing pada Program Visa Premium (PVIP) untuk menetap di negara.
Terdapat 2,000 pemohon menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah diluluskan dan sejumlah RM4 juta deposi telah di terima negara.
Untuk makluman perolehan visa premium ini akan memperlihatkan kelulusan sehingga tempoh 20 tahun, namun sekiranya pada tahun ke-5 pemohon didapati melakukan kesalahan – pihak penguatkuasa memiliki peranan untuk membatalkan visa berkenaan.
Berdasarkan sasaran sebelum ini, pentadbiran Malaysia bermatlamat 1,000 hartawan global untuk menetap di negara melalui program tersebut. Sasaran ini bertujuan meningkatkan peluang pelaburan negara, disamping merancakkan sektor ekonomi.