Artikel

Malaysia Tamatkan Sekatan Eksport Ayam Hidup Mulai 11 Oktober Ini – SFA

SFA, Agensi Makanan Singapura pada kenyataan semalam (9 Oktober) memaklumkan Malaysia akan menarik kembali larangan eksport ayam hidup sehingga 11 Oktober.

Makluman itu didapati mengikut laporan ia berdasarkan pemberitahuan Jabatan Khidmat Veterinari Malaysia. Bagaimanapun perincian tersebut masih diteliti dan SFA mengalukan langkah baik tersebut dilaksanakan kelak.

Seperti yang umum ketahui, sebelum ini Malaysia telah menyekat sementara tindakan eskport sejumlah 3.6 juta ayam pada 1 Jun lalu. Adanya penamatan tersebut ini tidak hanya menampung permintaan kekurangan bekalan dalam kalangan negara luar, tetapi turut menampung kenaikan kos yang dilaksanakan sebilangan peniaga ekoran tekanan kos.

Selain Singapura, negara pengimport lain yang turut akan menerima manfaat disebalik penarikan semula eksport ayam ini adalah Thailand, Brunei, Jepun, dan Hong Kong.

Seterusnya,  kerajaan Malaysia pada minggu lalu telah bersepakat, bersetuju meneruskan pemberian subsidi kepada penternak ayam (RM0.80 1kg) dan pengeluar telur ayam (RM0.08) sehingga Disember 2022 kelak. Melalui penampungan tersebut, ia tidak sekadar meringankan tekanan kos peniaga tetapi turut memberi jaminan kepada pengguna pada harga jualan.