Artikel

PM Hadir Dengan Beberapa Kaedah Untuk Tangani Isu Bekalan Ayam

Malaysia kini mengambil tindakan tegas terhadap isu peningkatan harga serta bekalan ayam yang sedang berlaku dalam pasaran negara.

Maka berdasarkan kesepakatan mesyuarat Kabinet pada hari ini (23 Mei) kerajaan telah mencapai langkah jangka pendek dengan ketetapan berikut;

  • Menghentikan eksport ayam sebanyak 3.6 juta ekor sebulan – mulai 1Jun, sehingga harga dan pengeluaran ayam stabil
  • Wujudkan stok penimbal ayam, mengoptimumkan fasiliti penyimpanan bilik sejuk sedia ada milik Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI)
  • Memansuhkan Permit Makanan (AP) ayam – termasuk ayam bulat dan keratan ayam – ia bertujuan tingkatkan peluang dan penglibatan pengimport bagi sediakan lebih banyak sumber bekalan
  • Memudahkan proses tuntutan subsidi oleh pengeluar ayam
  • Menambah dan mengiktiraf loji sembelihan di luar negara bagi tingkatkan bekalan ayam negara
  • Peranan orang tengah akan dikurangkan – susulan memanipulasi bekalan dan harga
  • AP gandum dibatalkan

Berdasarkan antara penetapan itu, pemantauan dan tindakan tegas akan dilaksanakan oleh penguatkuasa dari semasa ke semasa. Maka sekiranya individu didapati bersalah melanggar aturan akan didenda tidak lebihi RM1 juta atau hukuman penjara tidak lebihi 3 tahun.

Sementara bagi perbadanan atau syarikat yang melanggar Akta Kawalan Bekalan 1961 pulaakan berdepan denda tidak lebihi RM2 juta.

Kerajaan Malaysia menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menjejaskan kesejahteraan hak rakyat negara. Adanya sokongan menyeluruh, ini akan membantu sumber bekalan negara untuk terus terjamin.