Artikel

2.58 Juta Pencarum Bumiputera Kini Miliki Simpanan Bawah RM1,000 Dalam KWSP – TERAJU

TERAJU, Unit Peneraju Agenda Bumiputera kini mendapati seramai 2.58 juta (81%) pencarum Bumiputera yang berusia 55 tahun dan ke bawah – memiliki tahap simpanan yang kritikal, iaitu kurang daripada RM1,000 di dalam akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Sementara 4.99 juta (75%) pencarum Bumiputera yang lain pula pada laporan didapati memiliki simpanan kurang daripada RM10,000.

Angka ini secara jelasnya menunjukkan terdapat peningkatan jumlah tahap kritikal simpanan kumpulan tersebut Рsebelum ini pada Disember 2021, KWSP berkongsikan sekitar 2.0 juta pencarum Bumiputera miliki simpanan kurang daripada RM1,000 dan 4.4 juta pula memiliki simpanan kurang daripada RM10,000.

Peningkatan itu secara jelas adalah hasil tindakan pengeluaran khas yang ditawarkan sebelum ini melalui i-Citra, i-Lestari, Pengeluaran Khas RM10,000 dan i-Sinar.