Artikel

McDonald’s Naikkan Harga Sehingga 60% – Bagi Cawangan Jepun

Setelah Korea Selatan, kini giliran Jepun pula melaraskan penawaran harga menunya pada cawangan McDonald’s – apabila dimaklumkan akan menaikkan harga makanan sehingga 60%.

Situasi ini adalah bertindak balas dengan tekanan inflasi diikuti aliran mata wang yang menurun.

Selain tekanan tersebut, kenaikan kos operasi meliputi kos bahan mentah secara langsung turut menjejaskan keseimbangan jenama McDonald’s di Jepun.

Mengikut laporan Reuters – McDonalds Holding Company Japan ini antara harga kenaikkan yang dijalankan kelak akan memperlihatkan peningkatan antara ¥10 (RM0.32) hingga ¥30 (RM0.96) pada kebanyakan menu.