Artikel

McDonald’s Bakal Naikkan Harga Makanan – Di Cawangan Korea

Atas faktor tindak balas operasi syarikat terhadap lonjakan perbelanjaan operasi, jenama makanan segera global McDonald’s bakal menaikkan harga makanan sebahagian menunya dan tindakan itu akan dilaksanakan di cawangan Korea Selatan.

Langkah tersebut bakal dilaksanakan dalam tempoh 6 bulan mendatang, ini menjadikan tindakan ini adalah kali kedua selepas pada bulan Februari lalu, cawangan negara tersebut menaikkan harga menu makanan mereka.

Berdasarkan laporan Yonhap, peningkatan secara purata sebanyak 4.8% ini akan melibatkan 68 menu makanan termasuklah segmen pencuci mulut serta minuman.

Penyelarasan harga makanan ini dilakukan susulan perbelanjaan operasi semakin meningkat, diikuti yuran logistik yang semakin tinggi.

Buat pengetahuan umum, langkah peningkatan harga ini tidak hanya dilaksanakan oleh McDonald’s sahaja, bahkan jenama makanan segera lain di Korea Selatan turut berbuat tindakan sama seperti Burger King, dan KFC.

Mengikut jangkaan semasa, Korea Selatan ketika ini dijangka mencapai paras inflasi lebihi 5.3% bersama nisbah hutang isi rumah yang semakin melonjak. Ini menjadikan catatan tersebut tertinggi sejak 20 tahun pertumbuhan ekonomi negaranya.