Artikel

Tokenize Malaysia Menambah Penawaran 3 Kriptowang Baharu – SOL, UNI dan BCH

Selain Luno Malaysia yang menambah pilihan kriptowang baharu pada platform mereka, kini satu lagi penyedia bursa dagangan kriptowang yang beroperasi di Malaysia, Tokenize Malaysia, turut menambah sokongan untuk beberapa kriptowang baharu.

Tokenize Malaysia kini menambah penawaran sebanyak 3 kriptowang baharu, iaitu Solana (SOL), Uniswap (UNI) dan juga Bitcoin Cash (BCH).

Ketiga-tiga kriptowang ini telah mula didagangkan melalui platform tersebut. Mengikut penyenaraian semasa, SOL didagangkan pada harga RM147.33, UNI pada harga RM25.22 dan BCH pada harga RM517.50 setiap satu token.

Bagi anda yang menggunakan Tokenize Malaysia, boleh menyemak penawaran baharu ini pada aplikasi masing-masing.