Artikel

Luno Malaysia Kini Mula Menawarkan Kripowang Cardano

Luno Malaysia hari ini telah mula menawarkan pilihan kriptowang baharu melalui platform mereka, iaitu Cardano (ADA).

Dengan penambahan ini, pengguna boleh membeli, menjual dan menyimpan kriptowang ADA pada dompet digital Luno.

Cardano sering digambarkan sebagai evolusi generasi akan datang untuk Ethereum. Ia dilihat akan menjadi salah satu platform yang mampam untuk pelbagai aplikasi terpencar.

Bagi anda yang menggunakan Luno, boleh menyemak penawaran ini melalui aplikasi Luno bermula hari ini.