Artikel

AirAsia Ride Bakal Tembusi Pasaran Indonesia, Singapura Tahun Ini

Setelah meluaskan penawaran kerja tetap ke atas rakan penghantar dan pemandu mereka di bawah AirAsia Ride – Capital A akan terus memperkasakan perkembangan operasi rakan pemandu ini ke negara jiran.

Sasaran awal menurut Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Ride Lim Chiew Shan, kemasukan mereka ke Indonesia dan Singapura dapat direalisasikan menjelang akhir tahun ini.

Pihaknya memperincikan pada sidang penawaran kerja tetap minggu ini, bahawa AirAsia Ride telah memiliki perancangan bagi setiap negara dan perubahan keperluan akan disesuaikan mengikut permintaan pasaran negara.

Selain itu, terdapat juga penawaran menyediakan pilihan tempahan teksi dan kereta sewa persendirian pada aplikasi kelak.

Mengikut penjelasan, AirAsia Ride akan memasuki pasaran Indonesia dalam tempoh 2 bulan mendatang (November), sementara Singapura pula masih menanti lesen operasinya dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.