Artikel

AirAsia Ride Tawar Kerja Tetap Buat Rakan Pemandu – Jaminan Gaji Sehingga RM3,500

Airasia Ride, segmen seru-pandu di bawah aplikasi sehenti gaya hidup airasia Super App kini memperluaskan strategi perkhidmatan mereka apabila menawarkan pekerjaan tetap buat rakan pemandu airasia ride dengan jaminan pendapatan bermula RM2,500 sehingga RM3,500 sebulan

Tony Fernandes pada pengumuman memakumkan sebelum ini pihaknya telah melaksanakan pilihan penawaran tersebut ke atas rakan penghantar kini giliran rakan pemandu pula menerima kelebihan yang sama. 

Pengumuman yang akan berkuat kuasa pada 1 Oktober ini akan membolehkan rakan pemandu menikmati faedah petrol, serta berpeluang untuk menjana jumlah pendapatan sehingga RM8,000 dengan tambahan skim insentif pemandu, di samping rangkaian penuh manfaat sebagai Allstar termasuk KWSP, PERKESO, perlindungan perubatan termasuk untuk pasangan dan anak-anak, cuti tahunan dan manfaat pelancongan lain termasuk kadar diskaun kakitangan yang tinggi untuk penerbangan AirAsia. 

Malah, pemandu sepenuh masa juga akan diberikan keutamaan untuk tugasan di lapangan terbang bagi membolehkan mereka untuk memperoleh pendapatan yang lebih daripada perkhidmatan angkut dan hantar ke lapangan terbang. Langkah ini dilihat sejajar dengan peningkatan permintaan terhadap pelancongan di seluruh rantau.

Untuk makluman, setakat ini AirAsia Ride telah memiliki sejumlah 53,000 rakan pemandu yang telah berdaftar pada aplikasi dan kini berkhidmat di 11 bandar

Bagi perancangan lanjut, AirAsia Ride menyasarkan untuk perluas perkhidmatan di beberapa bandar utama lain seperti Kuching-Sarawak, Bali-Indonesia, Filipina dan Singapura.