Seperti yang umum sedari, Huobi Global pada minggu ini telah disenaraikan di bawah amaran para pelabur oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) – atas faktor melaksanakan Bursa Aset Digital tanpa kebenaran di Malaysia.
Susulan makluman itu, kenyataan Huobi Global bersama Rnggt menjelaskan – ketika ini pihak pengurusannya sedang melaksanakan perbincangan bersama pihak berkuasa akan isu yang berbangkit.
Huobi Global turut memberi jaminan, pematuhan operasinya adalah bertepatan dengan peraturan yang ditetapkan oleh setiap negara.
Meskipun tidak diketahui status semasa Huobi Global, para pelabur di Malaysia terus diingatkan untuk tidak melakukan sebarang pelaburan pada firma yang tidak memiliki lesen secara sah atau tidak berdaftar.
Langkah sedemikian sekadar merugikan, merisikokan nilai pelaburan pelabur negara tanpa sebarang perlindungan bahagian perundangan.
Huobi Global adalah antara bursa aset digital – medium sesi perdagangan aset kripto di peringkat antarabangsa.