Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) kini telah menambah Huobi Global dibawah senarai amaran pelabur, kerana mengoperasikan Bursa Aset Digital tanpa kebenaran di Malaysia.
SC turut menekankan yang mana walaupun ia dibenarkan di negara lain, namun ia tidak mempunyai kebenaran untuk beroperasi dan menjalankan aktiviti di Malaysia. Para pelabur diminta untuk tidak melabur pada sebarang entiti yang tidak mempunyai lesen atau tidak berdaftar.
Pelaburan pada entiti tidak berdaftar juga membawa kepada risiko kehilangan wang dan tidak boleh diselesaikan dalam bentuk perundangan.