Artikel

Malaysia Berdepan Saingan Pekerja Mahir, Negara Maju Tawar Gaji Lebih Tinggi – PM Ismail

Di kala Malaysia komited untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi berlandaskan pembangunan teknologi serta menghasilkan bakal mengikut keperluan pasaran semasa, pentadbiran negara turut sedari terdapat beberapa saingan yang sedang menghimpit ekonomi negara.

Antaranya memiliki saingan untuk mengekalkan kemahiran serta menarik kumpulan pakar dalam pasaran buruh tempatan.Ini kerana tatkala negara sedang berusaha meningkatkan paras minimum pendapatan pekerja, perlu diakui negara maju turut melaksanakan tindakan yang sama dengan penawaran gaji yang lebih tinggi dalam sektor berkepentingan.

Tidak hanya itu, Malaysia juga kini berdepan cabaran dalam mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi di pasaran. Maka tidak hairanlah mengapa lebih 1.6 juta pekerja berpendidikan tinggi di negara tidak memiliki pekerjaan setara dengan kemahiran mereka (DOSM, 27 Julai).

Melihat pada kekangan itu, kerajaan melalui Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi pada hari ini (22 Ogos) bersetuju untuk meneliti kembali dasar-dasar melibatkan sumber manusia dan modal insan di semua kementerian untuk mengimbangi semula cabaran pasaran buruh di negara.