Artikel

Setelah Di Kuantan, Premis Di Ipoh – Akan Berdepan Denda RM250 Jika Gagal Pasang Jalur Gemilang

Tinggal 13 hari sahaja lagi, sebelum rakyat Malaysia meraikan Hari Kebangsaan negara ke-65 pada tanggal 31 Disember kelak. Keterujaan sambutan itu bagaimanapun dilihat masih lagi kurang dalam kalangan premis perniagaan di beberapa bandar utama negeri.

Setelah premis perniagaan di Kuantan menerima amaran, kini pemilik perniagaan di Ipoh pula berdepan amaran, susulan kegagalan mereka memasang bendera Jalur Gemilang di premis.

Untuk makluman, majikan terpaksa berdepan denda RM250, sekiranya masih berdegil untuk memasang bendera Malaysia di premis mereka.

Tindakan mengenakan denda ini menurut Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) adalah bertepatan di bawah Seksyen 107(2) Akta Kerajaan Tempatan 1976. Ia adalah sebahagian daripada syarat pelesenan perniagaan untuk memasang Bendera Malaysia – Jalur Gemilang di premis mereka bagi meraikan sambutan kemerdekaan kelak.