Artikel

Gagal Pasang, Kibarkan Jalur Gemilang – Permis Peniagaan Di Kuantan Bakal Berdepan Denda

Mulai esok 18 Ogos 2022, sekiranya didapati masih terdapat permis perniagaan di Kuantan yang tidak memasang bendera Malaysia – Jalur Gemilang dan bendera Negeri Pahang pada premis mereka, majikan kelak akan dikenakan denda.

Penegasan ini telah disuarakan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) pada portal rasmi Facebook mereka. Peringatan tersebut difahamkan seiring dengan syarat lesen premis yang telah termaktub dalam perundangan yang dikeluarkan oleh MBK.

Meskipun tidak memperincikan jumlah pengenaan denda tersebut, berdasarkan laporan Bernama – walaupun kempen mengibarkan Jalur Gemilang telah bermula sejak 30 Julai lalu, namun tidak hanya premis perniagaan di Pahang bahkan di seluruh Malaysia kelihatan masih lagi hambar pada pemasangan Jalur Gemilang.

Berikutan isu kelakuan ini, Felo Utama Institut Kajian Etnik meihat Akta Kerjaan Tempatan 1976 Seksyen 107(2) yang menjadi syarat pelesenan untuk premis mengibarkan bendera negara dan negeri ketika sambutan ulang tahun diraikan, wajar dipinda.

Ini kerana denda maksimum RM250 itu tidak lagi setimpal dengan kerenah warga permis perniagaan di Malaysia. Ia wajar dinaikkan atau hukuman batal syarat lesen dikenakan sebagai pengajaran untuk para majikan.

Usul pada laporan itu, menjelaskan ia bukan bertindak untuk menghukum tetapi kegagalan memenuhi syarat pelesenan tidak sekadar melambangkan sikap majikan tetapi semangat cinta akan negara juga dilihat semakin berkurangan.