AIA dalam agenda menggalakkan penyertaan individu pada kempen kesihatan mental, pada hari ini (16 Ogos) telah menggariskan beberapa input berhubung masalah kesihatan mental yang berlaku dalam kalangan pekerja Malaysia sejak tahun 2018.
Di mana berdasarkan pemerhatian Relate Malaysia pada tahun 2018, seramai 4.57 juta pekerja di negara berdepan masalah tekanan – dengan 29% daripadanya menunjukkan tahap kesihatan mental mereka adalah sangat rendah.
Selanjutnya pada tinjauan AIA Vitality pada 2019 pula menunjukkan ramai pekerja di negara tidak memiliki tidur yang mencukupi dan mengakui bekerja secara berlebihan. Ini antara perinciannya;
- 51% pekerja alami tekanan tugasan yang tinggi
- 53% akui tidak memiliki tidur yang mencukupi, kurang daripada 7 jam sehari
- 14% maklum memiliki kualiti tidur yang sangat lemah
- 20% pekerja akui di buli di tempat kerja
Situasi ini secara jelasnya memaparkan terdapat peningkatan pada aras masalah kesihatan dalam kalangan pekerja Malaysia, malah peningkatan ini turut disokong susulan tekanan ekonomi semasa. Pada 2021, menurut Employment Hero sekitar 71% pekerja negara lebih mengutamakan status kewangan berbanding kesihatan.
Langkah itu untuk memastikan kesejahteraan kewangan pekerja lebih kukuh dan diutamakan, untuk depani tekanan ekonomi semasa ketika ini.