Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) nyata telah memaparkan kesan yang positif pada sedikit penurunan keluk rekod kes harian positif COVID-19 negara.
Namun kesan penurunan yang sama turut di alami kepada pekerja di Malaysia, dari segi pendapatan dan kelangsungan hidup mereka.
Tinjauan Employment Hero merangkumi lebih 1,000 responden Malaysia dapati 71% pekerja di negara menzahirkan kerunsingan berhubung status kewangan mereka berbanding status kesihatan (66%) diikuti kesihatan mental (62%).
Ini kerana penangguhan operasi telah menyebabkan sebahagian pendapatan dan kerjaya pekerja telah terjejas untuk suatu tempoh.
Bagaimanapun, berdasarkan aspek kesihatan mental – jelas menunjukkan peratusan kebimbangan pekerja Malaysia lebih tinggi berbanding negara lain;
- Singapura – 50%
- United Kingdom – 49%
- New Zealand – 46%
- Australia – 46%
Data memperlihatkan 74% responden majikan menyokong kesihatan mental para pekerja namun hanya 56% pekerja bersetuju akan kenyataan itu.
Sudah pasti penerapan Bekerja Dari Rumah (BDR) memberi kesan secara langsung kepada para pekerja untuk jangka masa yang lama. Inisiatif sokongan wajar dipelbagaikan, khususnya seperti penyediaan agensi kaunselinh dan pengaturan semula keseimbangan kehidupan mereka.
Manakala bagi kebimbangan berhubung kesejateraan kewangan pekerja pula harus diteliti semula pada Pelan Pemulihan Negara, ini kerana daya ketahanan sektor ekonomi tidak mampu sekadar bergantung kepada bantuan jangka pendek sahaja. Ia memerlukan dana sokongan yang tinggi dan berpanjangan sekiranya PKP terus dilanjutkan.