Artikel

Isu Caj Khidmat Penumpang – MAHB, Capital A Setuju Batal Semua Prosiding Perundangan

Pada 30 September 2019, Capital A (pada ketika itu dikenali AirAsia Group) telah diperintahkan membayar Caj Perkhidmatan Penumpang (PSC -Passenger Service Charge) kepada anak syarikat Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) iaitu Malaysia Airports Sepang (MASSB) sebanyak RM40.73 juta oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Akan tetapi, menurut laporan – tindakan perundangan ini bagaimanapun telah ditamatkan kedua pihak. Di mana semua pihak yang terlibat telah menggugurkan kesemua prosiding perundangan sebelum ini.

Ini bermakna tiada lagi sebarang prosiding daripada MAHB ke atas AirAsia Berhad dan AirAsia X dan begitu juga sebaliknya.

Wujudnya toleransi antara kedua pihak ini, ia menunjukkan solidariti dalam menjadikan industri berdaya saing dan kembali menjadi tumpuan pasaran. Sekaligus dapat menyokong pemulihan sektor dan merangsang semula ekosistem penerbangan di Malaysia.