Artikel

AirAsia Diarah Bayar Tunggakan Caj Perkhidmatan Penumpang Oleh Mahkamah

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memutuskan bahawa AirAsia harus membayar Caj Perkhidmatan Penumpang (Passenger Service Charge atau PSC) kepada Malaysia Airports.

Arahan ini dibuat setelah Mahkamah Tinggi mengetepikan permohonan AirAsia Berhad dan AirAsia X Berhad untuk menangguh arahan Mahkamah bertarikh 18 Julai 2019 yang menyatakan bahawa Malaysia Airports berhak untuk menerima caj-caj tunggakan dari AirAsia.

Kesemua bayaran yang AirAsia harus buat perlu diberikan kepada Malaysia Airports adalah tertakluk kepada kadar yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).